248- jika engkau telah mengetahui bahawa syaitan itu tidak pernah lupa kepadamu, maka engkau jangan lupa terhadap Tuhan yg nasibmu ada ditanganNya.
Sesungguhnya syaitan itu musuhmu, maka nyatakanlah ia sebagai musuh, iaitu waspadalah daripadanya kerana ia sebagai musuh yg tidak ada masa damainya
Tidak ada makhluk yg lebih rendah dari syaitan, dan andaikata Allah tidak menyuruh kami berlindung kepada Allah daripadanya, nescaya kami tidak merasa gentar sama sekali daripada syaitan.
Suatu musuh yg dapat melihat padamu sedang engkau tidak dapat melihat, sungguh sukar perlawanannya kecuali jika dilindungi oleh Allah.
Iblis berkata kepada Tuhan: Demi kemuliaan dan kebesaranMu, aku tetap akan menyesatkan anak Adam selama ada roh dikandung badannya, maka dijawab oleh Allah: Demi kemuliaan dan kebesaranKU, AKU tetap akan mengampunkan anak Adam selama mereka minta ampun/istighfar kepadaKU.
Tiada yg dapat memberi manfaat dan mudarat, memulia dan menghina, memberi rezeki dan menahan rezeki, mematikan dan menghidupkan melainkan Allah. Maka jangan engkau takut dan bimbang kepada selain Allah.
_AL-HIKAM
﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ

